BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Turunkan 398 Kandungan 3R Setakat April - Teo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
6e8df4230fca354bed365f09d9bdeec669ff0f0ae3be6

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (duduk, tengah) bergambar dengan peserta yang menyertai Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 398 kandungan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada maklum balas terhadap 750 aduan yang diterima bagi permohonan menurunkan kandungan sensitif bagi tempoh awal tahun ini hingga April.

Secara keseluruhan, Teo berkata sebanyak 8,540 kandungan 3R telah diturunkan sejak 2022 hingga bulan lepas.

“Kita melihat aduan yang diterima meningkat setiap tahun. Pada 2022, sebanyak 175 kandungan diturunkan dan jumlah itu meningkat kepada 1,633 pada tahun berikutnya. Begitu juga pada 2024, jumlah itu bertambah kepada 4,830, namun menurun kepada 1,504 pada tahun lepas.

“Bagi tahun ini, 750 permohonan telah dihantar kepada pemilik platform dan setakat ini, 398 kandungan telah diturunkan setakat 30 April,” katanya selepas menghadiri Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan kes berkaitan kandungan 3R disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan persefahaman antara agensi itu dengan MCMC.

“MCMC bertindak sebagai rakan teknikal dengan menyediakan sokongan kepakaran bagi membantu pihak polis mengenal pasti individu di sebalik akaun terlibat.

"Keputusan sama ada sesuatu kes itu diambil tindakan di mahkamah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tertakluk kepada pertimbangan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sementara itu, Teo berkata Bengkel Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop anjuran MCMC bersama TikTok Shop merupakan usaha memperkasakan literasi digital dan etika penghasilan kandungan.

 
Back
Top
Log in Register