BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Malaysia: MCMC, Syarikat Telco Jamin Internet Lancar - Teo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Hari Malaysia: MCMC, Syarikat Telco Jamin Internet Lancar - Teo​

128c49f92012ae7ee693f8de619415686aaa59c12b23f

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (dua, kanan) melawat pusat pemantauan rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan MCMC Abdul Karim Fakir Ali (tiga, kiri).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) mengaktifkan pengurusan rangkaian khas bagi memastikan kelajuan dan kelancaran capaian Internet sepanjang acara Sambutan Hari Malaysia 2026 malam ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata persiapan logistik digital di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu telah dimulakan sejak Ahad lepas menerusi penempatan aset sementara serta penambahan titik capaian.

Beliau berkata langkah pengukuhan itu mampu menampung kapasiti penggunaan tinggi yang melibatkan lebih 5,000 tetamu serta petugas yang hadir.

"Kita nak pastikan semua tetamu yang datang ke BCCK pada malam ini untuk sambutan Hari Malaysia  boleh menikmati kelajuan Internet yang sangat lancar," katanya selepas melawat Pusat Pemantauan Rangkaian MCMC di BCCK di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan MCMC Abdul Karim Fakir Ali.

Teo turut memuji komitmen syarikat telco yang memberikan kerjasama proaktif dalam meningkatkan keupayaan capaian jalur lebar melampaui sasaran awal yang ditetapkan.

Sebagai contoh, beliau berkata Telekom Malaysia (TM) mengambil inisiatif meningkatkan kelajuan kapasiti rangkaian kepada dua gigabit per saat (Gbps) berbanding permintaan asal 800 megabit sesaat (Mbps).

“Kita hanya minta 800 Mbps, tapi akhirnya mereka sendiri naik taraf ke dua Gbps. Jadi apabila kita masuk ke dalam dewan, ia tidak menjadi masalah untuk kira-kira 5,000 hadirin bersama semua petugas,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register