combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
12,353 Kandungan Deepfake Diturunkan Sejak Januari
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengemukakan sebanyak 13,122 permohonan kepada penyedia platform media sosial untuk menurunkan kandungan melibatkan pemalsuan imej atau 'deepfake' bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun lepas.
Kementerian Komunikasi dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 12,353 kandungan atau 94 peratus berjaya diturunkan oleh pemberi perkhidmatan berlesen.
"Bagi tempoh 1 Jan 2022 hingga 30 Jun lepas pula, MCMC memohon penurunan 275,787 kandungan berkaitan penipuan, termasuk akaun palsu dan penyamaran, dengan 262,293 kandungan atau 95 peratus diturunkan," menurut jawapan tersebut.
Ia bagi menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad mengenai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk penipuan, deepfake serta pemalsuan identiti.
Menurut kementerian itu, Kod Pengurangan Risiko yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas mewajibkan penyedia platform berlesen melabel kandungan dihasilkan atau diubah menggunakan AI, termasuk deepfake serta manipulasi imej dan suara.
Selain itu, lima permohonan menurunkan kandungan berunsur penipuan kewangan dikemukakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, dan kesemuanya diturunkan.
Dalam jawapan berasingan kepada Senator Baharuddin Ahmad mengenai langkah memerangi berita palsu, kementerian memaklumkan MCMC telah menyiasat 574 kes kandungan palsu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari 2022 hingga Jun lepas.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes didakwa di mahkamah dengan 12 daripadanya telah diputuskan, manakala 11 lagi masih dalam perbicaraan", menurut kementerian itu.
Bagi kes telah diputuskan, mahkamah mengenakan denda keseluruhan berjumlah RM79,000, selain seorang pesalah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana gagal membayar denda.
Loading…
www.bernama.com