BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2026, Perbahasan LKAN 3/2025 Warnai Minggu Pertama Sidang dewan RakyatÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
4db449c60e8902585b339afcd4f04dad68e9dd00e401d


Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lepas membuka tirai minggu pertamanya dengan pelbagai agenda penting antaranya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026, kelulusan beberapa RUU serta mencatat sejarah menerusi sesi penerangan Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian (JKPK).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat membentangkan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI itu dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan 2026 bertemakan 'Belanjawan Rakyat’ memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).

Berdasarkan takwim Parlimen, Belanjawan 2026 akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin ini diikuti penggulungan menteri selama empat hari bermula 29 Okt, sebelum perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 14 hari bermula 5 Nov.

Minggu pertama persidangan Dewan Rakyat turut melakar satu lagi sejarah apabila memperuntukkan satu hari khas bagi sesi penerangan oleh pengerusi JKPK mengenai penyata jawatankuasa masing-masing dalam membincangkan isu semasa.

Sesi yang berlangsung pada Isnin itu menyaksikan tiga JKPK tampil memberikan penerangan iaitu Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi (IPK), Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan serta Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

JKPK berkenaan menyoroti isu-isu penting termasuk insiden letupan paip gas di Putra Heights, potensi dan hala tuju pembangunan sumber air bawah tanah negara serta cabaran penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam pemasyhurannya menyifatkan sesi berkenaan sebagai langkah reformasi Parlimen untuk memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan memperkasakan peranan jawatankuasa itu.

Minggu ini juga menyaksikan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa tidak dijalankan selepas Perdana Menteri dititah menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara dan persidangan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan.

 
Back
Top
Log in Register