BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Titah Tegas Agong Warnai Minggu Pertama Sidang Dewan Rakyat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
2d4adceb79b5a6ea87f8adb0960d2d456972d767c21e5

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen

Peringatan tegas oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terutama dalam memerangi rasuah bergema pada persidangan Dewan Rakyat minggu ini yang memulakan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada Isnin lepas.

Dalam titah yang menyentuh pelbagai aspek kepentingan negara, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa usaha membasmi rasuah tidak boleh mengira pangkat atau kedudukan, sambil mengingatkan semua wakil rakyat, anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam yang terlibat dalam rasuah sebagai “pengkhianat negara”.

"Saya pernah menyebut sebelum ini bahawa saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya menemuinya. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau the tip of the iceberg, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini yang akan terus diburu sampai jumpa," demikian antara titah Seri Paduka Baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada Isnin lepas.

Titah penuh ketegasan itu turut menekankan bahawa usaha memerangi rasuah haruslah menyeluruh, bukan hanya terhadap penerima, tetapi juga pemberi dan mana-mana pihak yang terlibat, sambil menitahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar bertindak pantas dan adil tanpa terpengaruh oleh pangkat atau kedudukan.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan sentimen 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) demi kestabilan dan keharmonian negara, di samping menegaskan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu serta mengingatkan asas pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sultan Ibrahim juga menitahkan supaya ancaman keselamatan digital termasuk deepfake diberikan perhatian selain pengukuhan institusi demokrasi termasuk had dua penggal jawatan Perdana Menteri.

Menyahut seruan itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga tutur kata dan tidak melampaui batas ketika berbahas selain menegaskan bahawa penggunaan pusat media Parlimen tertakluk kepada tatacara permohonan bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Johari turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya menumpukan perbahasan kepada perkara utama termasuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), sambil memaklumkan bahawa reformasi institusi akan diteruskan dengan penambahan bilangan soalan dan perluasan akses Kamar Khas kepada lebih ramai tetamu.

Setakat ini, sebanyak 41 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong yang bermula pada Selasa.

 
Back
Top
Log in Register