BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Cadang Mansuh OSC Khas DBKL, Perkukuh Tadbir Urus Pembangunan - Hannah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Cadang Mansuh OSC Khas DBKL, Perkukuh Tadbir Urus Pembangunan - Hannah​

3e7c1965521891947781f2ab19a363666a267f94136b3

Kredit: Fb Hannah Yeoh

Kerajaan bercadang untuk menamatkan peranan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Khas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai sebahagian daripada agenda reformasi tadbir urus dan usaha memperkukuhkan integriti dalam sistem perancangan bandar di ibu kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata keputusan itu dibuat berdasarkan syor Project Capital, pasukan petugas khas di bawah Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri, yang mendapati OSC Khas berpotensi menjadi saluran campur tangan dalam proses membuat keputusan pembangunan.

"Kerajaan MADANI tidak boleh mempertahankan mana-mana struktur yang membuka ruang kepada campur tangan atau persepsi bahawa sesuatu keputusan boleh dipengaruhi oleh faktor selain undang-undang dan dasar perancangan yang sah.

"Sebab itu kita mahu kembali kepada prinsip yang jelas iaitu ikut Pelan Tempatan (Kuala Lumpur), ikut undang-undang dan ikut proses yang telus," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Langkah itu, katanya, akan mengurangkan lapisan birokrasi yang tidak perlu, mempercepatkan proses membuat keputusan serta memastikan akauntabiliti yang lebih jelas dalam sistem penyampaian DBKL.

Hannah berkata garis panduan jelas telah diwujudkan bagi Ahli Parlimen untuk menyalurkan aduan dan cadangan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, selain DBKL turut memperkenalkan Portal OSC bagi membolehkan pihak berkepentingan dan orang awam melihat maklumat berkaitan permohonan pembangunan yang sedang diproses.

Pada masa sama, katanya, DBKL telah memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) dalaman supaya setiap permohonan dinilai berdasarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.

"Sekiranya semua pelan dan dokumen yang dikemukakan mematuhi syarat serta keperluan yang ditetapkan, DBKL boleh membuat keputusan dalam tempoh seawal 21 hari.

"Bagi cadangan yang memerlukan pertimbangan lanjut, proses rundingan dengan pihak berkuasa, jabatan, pertubuhan dan pihak berkepentingan akan dilaksanakan mengikut Kaedah 3, Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Permohonan untuk Kebenaran Merancang) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2025," katanya.

 
noh, lepas ni submit terus ke bahagian masing masing la eh...
 
Back
Top
Log in Register