combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas merasmikan Festival Budaya Malaysia 2025 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Turut sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia, merupakan kekuatan utama negara ini dan bukan sesuatu yang harus ditolak atau dibimbangi.
Berucap merasmikan Festival Budaya Malaysia 2025 “Wow Malaysia” malam ini, Anwar berkata kehebatan negara terletak pada penerimaan dan penghormatan terhadap warisan pelbagai kaum yang membentuk identiti nasional.
“Kehebatan kita adalah kerana kesediaan kita menerima warisan negara kita, pelbagai suku kaum, pelbagai daerah, semuanya ada kekuatan masing-masing dan kesemuanya mempamerkan keindahan, kecantikan, kehebatan luar biasa.
“Budaya ini dikembangkan dengan merangkul budaya suku kaum yang lain, termasuk budaya Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Melanau, Bajau, kesemuanya itu kemudian kita rangkul sebagai budaya kita, anak Malaysia.
“Inilah yang akan menjayakan, menjamin keamanan dan kelangsungan kita dan kalau kita mula mengasingkan, perlu menolak, itu mulanya bibit-bibit perpecahan dalam kalangan kita,” kata beliau pada perasmian festival itu di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Kepelbagaian Budaya, Etnik Kekuatan Malaysia
Anwar Ibrahim, Festival Budaya, kepelbagaiaan, etn