Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Aidiladha Ke Gawai, Cuti Panjang Rai Kepelbagaian Budaya Di Malaysia
Malaysia bakal menyaksikan "kemeriahan luar biasa" bulan depan apabila rakyat pelbagai kaum dan agama bersiap sedia menyambut beberapa perayaan utama yang jatuh hampir serentak dalam tempoh musim cuti sekolah.
Sambutan perayaan bermula pada 27 Mei apabila umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha yang kemudiannya disusuli penganut Buddha meraikan Hari Wesak (31 Mei), manakala masyarakat Kadazandusun serta Dayak pula masing-masing menyambut Pesta Kaamatan (30 dan 31 Mei) serta Hari Gawai (1 dan 2 Jun), yang jelas menunjukkan keunikan kepelbagaian budaya Malaysia.
Kehangatan suasana itu ditambah pula dengan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun, sekali gus menjanjikan deretan cuti panjang yang pastinya dimanfaatkan rakyat untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Bagi pekerja sektor acara, Nurfatihah Sagir, 27, sambutan Aidiladha kali ini amat dinantikan kerana ia menjadi peluang untuknya "menebus" kerinduan terhadap keluarga setelah tidak berkesempatan pulang pada Aidilfitri lalu, selain akan menyertai ibadah korban bagi menghayati erti pengorbanan serta keinsafan.
“Saya berharap Aidiladha kali ini menjadi detik yang penuh bermakna, bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim tetapi juga mengingatkan saya tentang nilai kekeluargaan dan kebersamaan,” katanya.
Turut senada, pekerja swasta Wong Yee Tian, 26, menyifatkan sambutan Wesak sebagai ruang terbaik untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga selain menyertai aktiviti keagamaan di tokong.
“Cuti panjang seperti ini memang dinanti-nantikan kerana kami dapat berehat dan berkumpul bersama keluarga. Dalam masa sama, kita juga dapat melihat rakyat pelbagai kaum sama-sama bercuti dan melancong,” katanya.
Bagi pelajar universiti awam, K. Viggneshwary, 21, yang berasal dari Kulim, Kedah, beliau tekad memanfaatkan cuti tersebut untuk pulang ke kampung.
Loading…
www.bernama.com