BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keselamatan, Kepelbagaian Budaya Tarik Pelancong Antarabangsa Ke Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
068c5600850010f673f26cff88008605695631ff26075

00ac732f8731b95fc4f5ce6820d5034d69563216c1475

eea9b84669459c64d1c25d6d3da4b3b26956323826375

Pelancong daripada luar negara tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Tourism Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu dengan penganjuran sambutan khas di pintu masuk antarabangsa dan hab pengangkutan utama negara bagi mengalu pelawat antarabangsa sempena pelancaran rasmi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan selamat dan mesra keluarga sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dengan kepelbagaian budaya serta tarikan berbilang kaum kekal menjadi faktor utama pelancong antarabangsa ke sini.

Warga Jepun Kohei Oyamada, 44, berkata Malaysia dilihat sebagai destinasi sesuai untuk percutian seisi keluarga, khususnya dari segi keselamatan, kemudahan awam serta kepelbagaian pilihan makanan dan tarikan pelancongan.

“Malaysia antara destinasi pelancongan paling mesra keluarga. Ia selamat untuk kanak-kanak dan menawarkan banyak pilihan makanan. Kepelbagaian budaya juga menambah pengalaman semasa berkunjung ke pelbagai destinasi di sini,” katanya.

Oyamada berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini menerusi penerbangan transit dari Singapura hari ini.

Lelaki itu berkata kehadirannya ke Malaysia buat kali ketiga kali ini lebih bermakna apabila turut disertai isteri dan anak, sekali gus mencerminkan keyakinan pelancong antarabangsa terhadap imej Malaysia sebagai destinasi percutian keluarga.

Sementara itu, Ciara Blake, 24, dari Ireland berkata selain melawat ibu dan bapa saudara, kunjungannya ke Malaysia juga bertujuan untuk meneroka keunikan budaya dan gaya hidup tempatan, khususnya menerusi pengalaman gastronomi.

“Makanan sudah pasti menjadi tumpuan. Saya benar-benar tidak sabar untuk ke pusat penjaja dan mencuba (pelbagai makanan) sebanyak mungkin sebelum pulang,” katanya.

Terdahulu, ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah diberi sambutan hangat sempena Majlis Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) anjuran Tourism Malaysia.

Majlis itu berlangsung serentak di 55 pintu masuk utama di seluruh negara termasuk lapangan terbang dan sempadan darat dipilih Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai sebahagian daripada pelancaran rasmi kempen TMM2026.

 
Back
Top
Log in Register