BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMM 2026: MOTAC, MAG Perkukuh Kerjasama Tarik Lebih Ramai Pelancong Antarabangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

TMM 2026: MOTAC, MAG Perkukuh Kerjasama Tarik Lebih Ramai Pelancong Antarabangsa​

cbd4c46487f925a78f0484279ffcd65a6a88158a73e6d

Kredit: FB - MOTAC

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Malaysia Aviation Group (MAG) memperkukuh kerjasama strategik untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, yang dilanjutkan sehingga tahun depan.

MOTAC menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan perkara itu dibincangkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam pertemuannya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Nasaruddin A Bakar.

Menurut MOTAC, kerjasama itu meliputi usaha memperluas jaringan penerbangan dan pasaran antarabangsa, termasuk India, China, Eropah serta destinasi baharu seperti Fukuoka.

MOTAC dan MAG turut membincangkan strategi pemasaran dan promosi penerbangan bersama bagi meningkatkan permintaan serta faktor muatan penerbangan ketika musim rendah.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha menyokong ekosistem pelancongan domestik dengan merancakkan manfaat kepada pemain industri tempatan serta meningkatkan pengalaman penumpang melalui penambahbaikan kabin, perkhidmatan, sajian dalam penerbangan serta latihan kru kabin.

“Kerjasama lebih erat antara kerajaan, industri penerbangan dan pemain pelancongan diyakini mampu memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia serta memberikan impak positif kepada ekonomi dan industri pelancongan negara,” menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register