BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terminal Ibu Kota Dibanjiri Penumpang Menjelang Aidiladha, Cuti Panjang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Terminal Ibu Kota Dibanjiri Penumpang Menjelang Aidiladha, Cuti Panjang​

92f43e62fc5b619991301f866e0d4b856a10086d6bdf7

Warga kota menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Gombak (TBG).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Terminal pengangkutan awam utama di sekitar ibu negara mula dibanjiri orang ramai yang ingin pulang lebih awal ke kampung halaman bersempena dengan cuti panjang dan Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di beberapa terminal utama termasuk Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan KL Sentral semakin sibuk dengan kehadiran penumpang yang membuat persiapan perjalanan pulang ke kampung, termasuk urusan pembelian tiket di kaunter yang disediakan.

Wakil Pengurusan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Sdn Bhd Mohd Raimi Jusoh berkata jualan tiket bersempena dengan musim perayaan itu telah dibuka sejak dua bulan lepas bagi memberikan ruang kepada penumpang merancang perjalanan dengan lebih teratur.

Beliau berkata purata jualan tiket pada hari biasa kira-kira 1,000 keping sehari, namun meningkat mendadak kepada kira-kira 7,000 keping sehari sepanjang tempoh cuti panjang dan Aidiladha kali ini.

“Di TBG berlaku peningkatan ketara dalam jualan tiket serta jumlah perjalanan bas bagi musim Aidiladha yang kebetulan bertembung dengan cuti sekolah yang panjang.

“Terminal ini sememangnya dikenali sebagai pintu masuk ke Pantai Timur dengan kira-kira 70 hingga 80 peratus operasi bas menghala ke destinasi berkenaan, namun sebenarnya ia merupakan terminal terbuka untuk pelbagai laluan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Mohd Raimi berkata bagi menampung peningkatan permintaan, jumlah perjalanan bas ditambah kepada antara 200 hingga 210 perjalanan sehari berbanding kira-kira 150 perjalanan pada hari biasa selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Beliau berkata tempoh cuti sekolah selama dua minggu turut memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan saat akhir seperti yang lazim berlaku ketika Aidilfitri.

Selain itu, katanya, pihak pengurusan TBG turut bekerjasama dengan beberapa sekolah berasrama penuh di Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dengan menyediakan 14 bas khas bagi memudahkan pergerakan pelajar.

 
Back
Top
Log in Register