kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,711
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,711
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
SMP 2026: Pameran Rumah KAMI, Perkampungan Rumah Etnik Tonjol Keunikan Budaya Malaysia
Pengunjung Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Negara 2026 berpeluang merasai pengalaman budaya pelbagai kaum menerusi Pameran Rumah KAMI dan Perkampungan Rumah Etnik yang menampilkan kira-kira 14 etnik dari seluruh negara.
Pameran itu membawa pengunjung menyusuri suasana berbeza dari satu ruang ke ruang lain yang menampilkan etnik seperti Murut, Kadazan, Rungus, Bajau, Bugis, Kedayan, Chetti dan Portugis yang mempunyai keunikan identiti budaya serta adat resam tersendiri.
Pengunjung turut berpeluang merasai dan menghayati kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum menerusi Perkampungan Rumah Etnik yang memaparkan struktur rumah tradisional merangkumi Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah India, Rumah Baba Nyonya dan Rumah Siam.
Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Sabah Rina Ab Harun berkata pameran Rumah KAMI dan perkampungan rumah etnik itu memberikan peluang kepada pengunjung mengenali kepelbagaian budaya serta warisan masyarakat di negara ini.
Bercakap kepada Bernama, Rina berkata pelaksanaan pameran berkenaan adalah selaras dengan usaha untuk mengarusperdanakan konsep ‘Faham, Hormat, Terima dan Meraikan’ sebagai teras sambutan Minggu Perpaduan bagi memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat.
“Rakyat bukan sahaja memahami latar belakang dan budaya antara satu sama lain, tetapi turut menghormati perbezaan serta menerima kepelbagaian sebagai kekuatan bersama.
“Dengan pendekatan ini, sambutan Minggu Perpaduan bukan sahaja memperkukuh jati diri nasional, malah ia juga memelihara ekosistem perpaduan negara secara lestari dan berterusan,” katanya.
Selain keunikan replika rumah etnik, Rina berkata para pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi pembuatan makanan tradisional seperti Linopot, Hinava, Pinasakan, Nasi Kuning, dan Ambuyat.