BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kampung Fatimah Berpotensi Jadi Model Perkampungan Warisan Budaya India

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kampung Fatimah Berpotensi Jadi Model Perkampungan Warisan Budaya India​

9b6c5406826ece08708a8adee52504566a802e4aac6a3

3b3ba77fcc58f17e23487d115ea082516a802f5b0f56e

b621a1320929406b00960c6a6fac24746a8031d158115

Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Manoharan Periasamy ketika sesi tinjauan mesra bagi melihat suasana dan kemudahan kampung pada Program Pembangunan Kampung Fatimah, Banting sebagai Perkampungan Warisan Budaya lndia hari ini.

Kampung Fatimah yang terletak di Kuala Langat dilihat sesuai dijadikan projek perintis Perkampungan Warisan Budaya India pertama di Malaysia berikutan keunikan kehidupan masyarakat estet yang masih dapat diketengahkan.

Hasrat itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Fatimah, M. Kunasikaran, yang mahu warisan kehidupan masyarakat estet dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata inisiatif yang dicadangkan menerusi pelan pembangunan Kampung Fatimah 2030 itu perlu dilaksanakan segera memandangkan gaya hidup tradisional masyarakat estet semakin terhakis akibat arus pemodenan.

"Gaya hidup warisan ini perlahan-lahan makin menghilang kerana ramai penduduk kini bekerja di kilang-kilang berdekatan, manakala generasi muda pula semakin terpisah daripada akar umbi, pekerjaan tradisional, adat resam, makanan warisan serta kisah sejarah nenek moyang mereka.

"Jika tiada konsep 'Mari Kita Kenang Semula Kehidupan di Estet' yang dirancang ini, warisan berkenaan mungkin lenyap dalam tempoh satu generasi, maka kita mesti memeliharanya sewaktu estet ini masih 'bernyawa'," katanya ketika berucap pada Program Pembangunan Kampung Fatimah, Banting sebagai Perkampungan Warisan Budaya India, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk P. Manoharan serta wakil Tourism Selangor, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) serta Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Kunasikaran berkata pelan pembangunan Kampung Fatimah 2030 akan memberikan peluang kepada pelawat merasai kehidupan masyarakat estet menerusi pelbagai aktiviti seperti memetik bunga, festival makanan, permainan tradisional, memerah susu lembu, aktiviti sungai serta pengalaman bermalam di inap desa dan sesi unggun api.

"Kampung Fatimah yang kini telah berusia lebih 40 tahun akan memanfaatkan keunikan persekitaran semula jadi serta aktiviti kemasyarakatan bagi menawarkan modul pelancongan berasaskan penglibatan secara langsung kepada pengunjung tempatan dan luar negara," katanya.

Beliau berkata kerjasama antara jawatankuasa kampung, agensi pelancongan kerajaan dan pengusaha swasta akan terus dipergiat bagi membangunkan produk pelancongan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register