BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Lancar Projek Hab Warisan Budaya, Pulih Rumah Kedai Warisan Rosak - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pulau Pinang Lancar Projek Hab Warisan Budaya, Pulih Rumah Kedai Warisan Rosak - Exco​

fdf4085c5d51d6933d3e48e46dfe949a6a4cb99524fda

4520e9d62986f583ec8b53b7499b52456a4cb9bad94a8

028f9a2502dcb6106f9fc85772ba2b0b6a4cb9a65194a

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Pulau Pinang Wong Hon Wai (tiga kiri) melakukan simbolik perasmian projek Hab Warisan Budaya di Lebuh Acheh.

Goerge Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah melancarkan projek Hab Warisan Budaya (CH2) itu untuk mengubah tapak menjadi pusat teras yang bertenaga untuk warisan budaya dalam tempoh dua tahun akan datang.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Pulau Pinang hari ini melancarkan projek Hab Warisan Budaya (CH2) untuk memelihara warisan budaya George Town dengan memulihkan lapan rumah kedai warisan yang rosak akibat kebakaran menjadi pusat pendidikan warisan, industri kreatif dan penglibatan komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata projek itu, yang dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk melindungi nilai-nilai Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di samping memastikan warisan budayanya terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Beliau berkata projek itu merupakan kerjasama antara George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), kerajaan Pulau Pinang dan Lim Kongsi Toon Pun Tong, yang memajakkan lapan rumah kedai itu kepada GTWHI selama 30 tahun bagi membolehkan pemulihan dan penggunaan semula selepas rosak teruk dalam kebakaran pada 2015.

"Apa yang dahulunya merupakan tragedi telah menjadi peluang untuk memberi nafas baharu kepada bangunan warisan ini.

“Daripada membiarkannya ia roboh begitu sahaja, kita mengubahnya menjadi ruang budaya bagi meraikan warisan kita sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran projek itu di Lebuh Acheh, di sini, hari ini.

Beliau berkata projek itu dijangka memerlukan pembiayaan sekurang-kurangnya RM10 juta yang akan dijana daripada kerajaan negeri serta sumbangan daripada sektor swasta, syarikat dan penderma individu untuk menyokong pelaksanaannya.

Wong juga berkata sebagai agensi pelaksana GTWHI turut mengalu-alukan cadangan daripada pihak yang berminat untuk menyumbang idea bagi pembangunan hab tersebut.

Setelah siap kelak CH2 itu akan terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu Pusat Interpretasi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pusat Inkubasi Ekonomi Kreatif dan Ruang Interaktif Pengamal Budaya.

Beliau berkata Pusat Interpretasi itu akan menyediakan sumber maklumat kepada pengunjung bagi memahami lebih mendalam tentang sejarah, budaya dan seni bina George Town melalui pameran interaktif dan pameran pendidikan, di samping menggalakkan penghargaan terhadap pemuliharaan warisan.

 
Back
Top
Log in Register