combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,170
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,170
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kebebasan Berkarya Perlu Dijaga, Hormati Keunikan Malaysia - FINAS
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac (tengah) bergambar bersama tenaga pengajar dan peserta yang menyertai Projek Sinema : Pencetus Aspirasi Filem Malaysia di Menara Finas, hari ini. Projek Sinema ialah program inkubator intensif FINAS selama 16 hari yang dirangka untuk mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam industri kandungan kreatif. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kebebasan berkarya perlu disertai kepekaan terhadap batas tertentu bagi memastikan kandungan yang dihasilkan tidak menjejaskan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Dr Hans Isaac berkata pengkarya harus menyedari keunikan struktur sosial negara sebelum menetapkan hala tuju penceritaan dalam karya masing-masing.
“Kita mempunyai kebebasan, tetapi kebebasan itu perlu dijaga kerana kita mempunyai kaum dan budaya yang berbeza. Negara kita sangat unik dan kita perlu memahami batas tertentu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Sinema: Pencetus Aspirasi Filem Malaysia di Menara FINAS di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan mengetengahkan sesuatu topik kontroversi merupakan pilihan kreatif penerbit yang perlu dihormati, namun pengkarya juga harus memahami kesannya terhadap masyarakat.
“Kontroversi memang boleh menarik perhatian dan mungkin elemen itu digunakan untuk mendapatkan rating. Itu keputusan kreatif penerbit dan kita menghormatinya.
“Tetapi kita mesti memahami bahawa kita datang dari negara bernama Malaysia, dengan rakyat daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Ada banyak cara untuk menjadi kreatif dalam menyampaikan cerita tanpa menjejaskan hubungan antara masyarakat,” katanya.
Hans berkata rakyat Malaysia kini hidup dalam suasana harmoni dan keadaan itu tidak seharusnya digugat menerusi kandungan yang boleh menimbulkan ketegangan.
Semalam, platform penstriman iQIYI dan MIG Production selaku penerbit drama “Madu Atau Racun” bersetuju menurunkan sementara enam episod yang telah ditayangkan, manakala kesemua 12 episod akan disunting serta dinilai semula sebelum dipertimbangkan untuk tayangan semula.
Drama itu mencetuskan kontroversi selepas beberapa klip yang didakwa mengandungi elemen hubungan sejenis tular di media sosial sehingga mengundang kritikan kerana menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan