BTC USD 59,365.9 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Kena Tipu | Siapa Pernah Buat Report/Laporan Polis? | Bagaimana proses nya?

MuslimProgrammer

Legendary Member
gem
Messages
10,538
Joined
Apr 30, 2014
Messages
10,538
Reaction score
2,738
Points
261
Awards
1
salam...

aku tak dapat cerita detail pasal kes ni...

dipendekkan cerita.... aku ada beli iphone 11 pro max gold 256gb bersama plan digi (installment dan contract 24 bulan)....
tapi iphone 11 tu ada bersama penipu tu...
dan skarang aku pulak yang kena bayar bill bulanan tu....

aku tak tahu lah mcm mana aku boleh jadi bod0h kena tipu benda yg simple mcm ni.....
tapi cerita keb0dohan ni cerita lain lah....sbb aku ada masalah peribadi aku sendiri waktu tu....aku tak boleh cerita lebih...

by the way, aku dah report polis dah semalam..

tapi aku tak dapat pun cetakan report polis tu...

biasa mmg mcm tu ke??

dulu aku pernah accident...pi report polis...inspector panggil masuk office dia....cakap2 sikit dan akhirnya aku dapat la report polis tu untuk dihantar pada insuran (utk claim)...

tapi yg kes kena tipu ni, aku tertanya-tanya apakah flow seterusnya??

sebab aku dah tak sabar nak dapatkan report polis tu untuk aku pi hantar pada pihak DIGI dan Apple..

sebab katanya kes mcm ni, dia boleh tolong terminate sim digi tu dan lock iphone tu...

so, that's why sekarang aku tertanya-tanya, apakah langkah seterusnya..
semalam ada terima call dari pegawai polis...katanya "awak balik rumah dulu, dan tunggu panggilan telefon daripada inspector".....

tapi sampai ke hari ini tak dapat call dari inspector pun..


boleh tak korang share pengalaman korang?
atau kalau korang ada tips atau nasihat, boleh jgk..

terima kasih kalau ada yg sudi kongsi pendapat...
 
Back
Top
Log in Register