BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dakwa anak jiran kencing atas badan abang, adik buat laporan polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201




ABANG SAYA GILA
Berat hati nak menulis kali ni, apatah lagi nak kongsikan dengan semua orang. Tapi saya rasa ini sahaja pilihan yang saya ada, untuk menuntut keadilan.

Abang sulung saya didiagnosis dengan penyakit schizophrenia sejak dari umur 6 tahun. Sekarang dah hampir 40 tahun umurnya. Waktu usianya belasan tahun hinggalah ke lewat 20-an, penyakit abang yang saya banggil “bang pit” amat teruk. Selalu mengamuk atau dalam bahasa modennya tantrum tanpa sebab. Amukannya boleh jadi tiba-tiba dan tanpa dijangka sehingga boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Dalam keluarga kami, hanya saya sahaja yang tidak pernah dipukul. Saya amat sensitif dengan bunyi benda dibaling atau suara yang tinggi kerana biasanya Bang Pit akan membaling cawan atau apa sahaja yang ada ditangannya sebelum mengamuk. Kepala ayah saya pernah luka teruk sehingga menerima 4 jahitan kerana cuma menahan Bang Pit dari mencederakan diri sendiri. Tangan Bang Pit sendiri berjahit entah berapa puluh kali kerana menumbuk cermin tingkap, televisyen dan apa sahaja yang ada kaca. Ruang tamu kami kosong sekosongnya. Tingkap bilik Bang Pit dipateri dengan besi ibarat penjara untuk mengelakkan dia menumbuk lagi.

Tapi kami tak pernah mengurung Bang Pit di dalam bilik tu. Dia juga manusia. Tanah ayah yang diberikan tok wan juga luas. Bang Pit bebas beraktiviti dalam dan luar rumah. Pagar rumah kami sentiasa berkunci rapat untuk mengelakkan Bang Pit keluar. Kami risau dia dilanggar kenderaan, jatuh sungai atau jika datang anginnya, mencederakan diri sendiri atau orang awam yang tak bersalah.

Sejujurnya saya tak suka bercerita mengenai abang saya kerana suara saya akan mula serak dan saya tak akan dapat menahan tangisan. Saya tak suka mengajak kawan - kawan datang ke rumah kerana saya risau Bang Pit mengamuk kalau bunyi bising - bising. Jadi saya dan keluarga kami dipandang sebagai “kera sumbang”, pelik, berlagak dan banyak lagi sebab kami amat sukar menerima tetamu. Puas kami terangkan keadaan Bang Pit yang tak dapat diagak kestabilan emosinya, namun ramai yang memilih untuk tidak faham. Kerana hakikatnya lebih mudah untuk mengumpat dan menghina orang berbanding memahami tindakan mereka.

20 tahun lepas, penyakit schizophrenia Bang Pit ni menyebabkan ayah saya membangkang sekeras kerasnya tindakan pihak pada waktu itu yang bertindak membina struktur perumahan haram betul - betul dihadapan pintu pagar rumah kami. Ayah risau kerana pada fikirannya, kawasan rumah kami sudah selamat untuk Bang Pit kerana laluan hadapan tanah adalah tanah rizab. Siapa sangka tanah rizab tersebut diceroboh untuk membina perumahan haram. Bila ada rumah, akan ada keluarga, akan ada anak - anak kecil. Kami risau sekiranya apa - apa berlaku kerana lokasi rumah haram tersebut betul - betul di hadapan pintu pagar rumah kami. Namun bantahan ayah saya dipandang sepi, nama ayah diburuk-burukkan sebagai orang tua kedekut dan berkira.

Akhirnya apa yang ayah takuti benar - benar berlaku, penyewa silih berganti menduduki penempatan haram tersebut dengan membayar ‘tuan rumah’. Namun penghuni yang baru ini ibarat malapetaka besar buat keluarga kami. Berkali - kali kami mengingatkan keluarga mereka terutamanya anak - anaknya supaya berhenti mengasari Bang Pit namun mereka cuma mentertawakan kami dan masih mengolok - olokkan Bang Pit seolah - olah penyakitnya itu jenaka besar buat mereka.

1.Sebelum ini Bang Pit pernah bagitahu ayah saya bahawa anak - anak jiran baling batu kepadanya dari luar pagar. Saya marah tapi kami tiada bukti, saya pun tak tahu betul atau tak apa yang Bang Pit katakan.

2.Mak mula perasan baju yang disidai di pagar seolah - olah ada kesan dicucuh pemetik api dan seluar yang ditoreh pisau. Kami pelik kerana Bang Pit tak pernah pegang pemetik api apatah lagi pisau. Kedua - duanya disimpan dalam kabinet berkunci, di dalam dapur yang pintunya dikunci dari dalam.

3.Akhirnya cuti raya baru ni, sewaktu saya mengemas rumah saya nampak anak - anak jiran, usia dalam sekolah rendah memegang-megang baju yang disidai di pagar. Saya biarkan mungkin mereka hanya “nakal budak-budak”. Tapi kemudiannya depan mata saya sendiri budak - budak tersebut mencucuh dan membaling mercun bola ke dalam halaman rumah kami. Saya awalnya ingin menegur, tapi bila saya lihat semula arah mercun tersebut dibaling. Ya Allah, budak - budak tersebut baling mercun ke arah Bang Pit yang duduk atas kerusi depan garaj kereta kami. DIBALING MERCUN seolah - olah abang OKU saya ini lagi hina dari anjing.

4.Saya naik angin, saya menjerit marah. Saya katakan pada mereka CCTV telah merakam perbuatan mereka dan saya akan viralkan jika mereka buat sekali lagi. Saya dengar ayah budak - budak tersebut berkata “apa buat mcam tu” dan kemudian senyap, tutup pintu. Tiada maaf, tiada langsung sepatah perkataan dituturkan kepada saya.

5.Kami buka semula rakaman CCTV, ada rakaman kanak - kanak 2 orang itu rapat-rapat ke baju di pagar rumah kami. Ada juga rakaman mereka membaling mercun ke dalam rumah kami. Di hari lain, ada rakaman mereka membuka pagar yang telah ditutup. Ada juga memanjat pagar yang telah dikunci.

6.Hari ini emak telefon saya, budak - budak itu kencing atas badan abang saya. Ya kencing. Kencing atas badan manusia. Sampai saya hairan syaitan kecil apakah yang dihantar untuk menguji keluarga kami sebegini rupa. Abang saya cuma duduk di pagar, dalam kawasan rumah kami yang pagarnya berkunci dan budak - budak tersebut boleh terfikir untuk talakan kemaluan mereka dan kencing atas badan abang saya.
Saya yang adik ni menangis marah sebab geram, tak dapat saya bayangkan perasaan emak saya yang nampak anak OKUnya, yang dibela hampir 40 tahun lamanya diperlakukan sebegitu hina atas alasan “biasalah budak-budak” Ayah budak-budak itu kemudiannya keluar menarik anaknya masuk ke rumah apabila mendengar emak saya marah-marah. Sekali lagi, tiada sebarang perkataan maaf diucapkan.
40 tahun emak dan ayah saya korbankan duit, masa dan tenaga untuk menjaga abang saya. Kami tidak rapat dengan sanak - saudara, ada yang menjauh kerana faham, ada yang menjauh kerana salah faham penyakit Bang Pit. Sekarang Bang Pit sudah stabil, tak se ‘volatile’ yang dulu. Tapi ini pula yang berlaku.

Hancurnya hati kami Bang Pit diperlakukan sedemikian rupa oleh jiran dari neraka ini. Bukannya sekali dua kami minta kerjasama mereka supaya menegur anak-anak mereka. Tampaknya pada mereka, Bang Pit cumalah tontonan jenaka sekeluarga.

Tiada apa lagi yang dapat saya katakan, bila hilangnya ehsan, manusia OKU yang lemah diperlakukan seperti haiwan. Dibaling mercun dan disiram kencing manusia.

Di luar merekalah sebaik manusia,

Kamilah yang sezalimnya manusia. Tapi realitinya?

UPDATE: FIR telah dibuat di Balai Polis Kubur Panjang, PENDANG, Kedah pada 3/4/2025


Dakwa anak jiran kencing atas badan abang, adik buat laporan polis

Menurutnya, masyarakat seharusnya lebih peka dan menghormati individu yang menghidap penyakit mental serta keluarga yang menjaga mereka.

“Kami sudah sedaya upaya menjaga kebajikan abang, tetapi sangat sedih dan marah apabila jiran tidak menegur atau menghalang anak mereka daripada menceroboh ke dalam kawasan rumah kami serta mengganggu abang secara fizikal dan emosi.

“Lebih mengecewakan, pelakunya ialah kanak-kanak bawah umur yang berkelakuan biadab di hadapan ibu bapa mereka sendiri, seolah-olah dibiarkan tanpa sebarang teguran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.


Katanya, keluarga mereka menjaga Bang Pit dengan penuh kasih sayang, malah sentiasa memastikan pagar berkunci dan tingkap bilik dipateri dengan besi demi keselamatan.

“Namun, anak jiran mentertawakan penyakit abang dan menjadikannya bahan ejekan.

“Pernah juga abang mengadu dibaling batu, tapi kami tiada bukti. Baru-baru ini, saya sendiri nampak mereka baling mercun bola ke arah abang yang sedang duduk di garaj,” katanya.

Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kanak-kanak itu membakar baju yang disidai di pagar dan memanjat masuk ke kawasan rumah walaupun pagar telah dikunci.

“Kejadian terbaru apabila ibu saya melihat sendiri mereka kencing ke atas badan abang, saya anggap sudah melampau, dan sebab itu saya nekad buat laporan di Balai Polis Kubur Panjang pada 3 April lalu,” jelasnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Pautan asal ➡️ https://www.facebook.com/share/p/17qoCeWig7/
 
Back
Top
Log in Register