BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karnival Hari Cinta Rasul Bank Muamalat Pupuk Ukhuwah, Literasi Kewangan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146

Karnival Hari Cinta Rasul Bank Muamalat Pupuk Ukhuwah, Literasi Kewangan​

693dcf16b9b5574b305feb25876293b86a8be1747d05a

14d7ec62de96ab11f748ee3e9739ce1f6a8be16993708

8ca816331554bfac7043e1438f4df3bd6a8be160b5be7

acddd8a7ad638574b89691267b3d83ab6a8be1579ce88

a407196c231d9d58322388addb0d46056a8be14db2ac3


Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya menganjurkan Karnival Hari Cinta Rasul 2026 Sabtu lepas, bagi menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh pembinaan ummah.

Bertemakan "Menyuburkan Cinta, Mengukuhkan Ukhuwah, Membina Ummah", karnival yang berlangsung selama 12 jam itu, menarik kehadiran lebih 1,000 pengunjung menerusi pelbagai pengisian keagamaan, aktiviti kekeluargaan dan program literasi kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Khairul Kamarudin berkata penganjuran karnival tersebut, merupakan manifestasi komitmen bank untuk mendekatkan nilai-nilai Islam dengan masyarakat, menerusi pendekatan inklusif yang memberi manfaat kepada semua lapisan komuniti.

“Kami mahu kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan, tetapi diterjemahkan melalui penghayatan akhlak, pengukuhan ukhuwah serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

“Kami turut menggabungkan elemen kebajikan, kekeluargaan dan literasi kewangan dalam program ini, sebagai usaha untuk terus memainkan peranan yang lebih besar dalam membina komuniti yang sejahtera dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul berkata pendekatan itu selaras dengan aspirasi “Kehidupan Lebih Baik, Bersama”, yang menekankan perkongsian nilai, ilmu dan manfaat demi kesejahteraan masyarakat dan ummah.

Beliau berkata sebagai institusi perbankan Islam penuh, tanggungjawab bank tidak terhad kepada penyediaan produk patuh syariah semata-mata, malah merangkumi sumbangan kepada pembentukan masyarakat yang berilmu dan saling menyokong.

Karnival berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Jogaton KAFA Al-Falah, pertandingan mewarna dan nasyid, demonstrasi kaligrafi serta memanah, selain sesi Pocket Talk Literasi Kewangan.

Selain penyampaian bakul asnaf dan Kenduri Rakyat melibatkan lebih 40 peniaga mikro bimbingan Bank Muamalat, kemuncak program ialah forum “Malam Cinta Rasul” bersama dengan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed yang berlangsung di dewan solat utama masjid berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register