BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 30,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Semarak Cinta Rasul

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,717
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,717
Reaction score
97
Points
80
ee81623e15199d3cf5c1368914d69bb768c4ce947ab5c

7690039dc2175a23f56c5bd9dccccd1e68c4cea83a022

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (tiga, kiri) dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga, kiri) ketika mengaminkan doa selepas Majlis Melaka Berselawat dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kiri).

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka tahun ini mencatatkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung yang memeriahkan lebih 30 program kerohanian sepanjang berlangsungnya Karnival Semarak Cinta Rasul.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan penganjuran karnival empat hari itu mencerminkan sokongan padu rakyat dalam memperkukuh syiar Islam dan memupuk kecintaan mendalam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Antara pengisian istimewa sambutan kali ini, penganjuran Melaka Bermunajat serta Himpunan Komuniti Astronomi yang menyaksikan lebih 200 umat Islam mendirikan Solat Sunat Gerhana pada 7 dan 8 Sept lepas.

“Alhamdulillah, sokongan berterusan daripada masyarakat memberi semangat kepada kerajaan negeri untuk terus mempergiat program keagamaan demi membimbing rakyat dengan akhlak mulia, memperkukuh ukhuwah dan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW,” katanya di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau berucap pada Majlis Melaka Berselawat dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Ibni Al Marhum Tunku Syed Idrus Al Qadri.

Ab Rauf turut menyeru bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul supaya umat Islam terus bersama memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan di negara ini demi membina bangsa Malaysia yang lebih utuh serta mengekalkan keamanan dan keharmonian.

Pada majlis itu, kerajaan negeri turut mengiktiraf sumbangan organisasi dan institusi agama yang berperanan penting dalam memperkukuh syiar Islam dan kesejahteraan ummah melalui penganugerahan khas.

Sebanyak enam kategori anugerah disampaikan, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Kariah Terbaik (Masjid Al- Muhaimin, Bemban);  Pengurusan dan Pentadbiran Surau Kariah/Taman Terbaik (Madrasah An- Nur Taman Muhibbah, Merlimau); Pengurusan dan Pemuliharaan Tanah Perkuburan Islam Terbaik (Pusara Abadi Masjif Al Rahmah, Bukit Rambai).

Bagi kategori Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Terbaik dimenangi Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah; Koperasi Masjid/Surau Terbaik (Koperasi Masjid Al- Alami MITC, Ayer Keroh) dan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (IKS) Negeri Melaka (Pak Man Industries Sdn Bhd).

 
Back
Top
Log in Register