BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PTPTN Perkasa Literasi Kewangan Generasi Muda Melalui Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

PTPTN Perkasa Literasi Kewangan Generasi Muda Melalui Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN​

d132d4c6fedebb5162cde7234ab24bca6a826be8f2d66

8996776cb19c3d10a93760bb9da146306a826c2daa005

Para peserta serta tetamu bergambar bersama selepas Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang
berlangsung di Centre Court, AEON Mall Cheras Selatan, Selangor. Kredit: PTPTN


Teater berjudul “RM1 Untuk Esok” mengangkat Sekolah Kebangsaan (SK) Benoni, Papar, Sabah sebagai juara Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda.

Sekolah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM3,750 berserta trofi dan sijil.

Tempat kedua dimenangi SK Balik Pulau, Pulau Pinang menerusi karya “Fantasi Simba: Dari Rimba Ke Menara Impian” manakala tempat ketiga diraih SK St Paul, Negeri Sembilan menerusi teater “Simpanan Sejuta Impian”, dengan masing-masing membawa pulang hadiah RM3,000 dan RM2,250 berserta sijil.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan dihadiri Ketua Pegawai Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN Azhar Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan (KPM) Sanoyah Yusof, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri serta guru besar sekolah terlibat di sini, semalam.

Ahmad Dasuki dalam kenyataan berkata pertandingan itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan 45 sekolah dari 13 negeri ketika Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) Peringkat Negeri yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 27 Jun lepas.

Beliau berkata pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah lebih RM15,000, termasuk lapan anugerah khas yang diberikan sebagai penghargaan kepada sekolah, guru dan murid yang telah menunjukkan kreativiti, kualiti serta prestasi cemerlang sepanjang pertandingan.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat kepada semua yang terlibat untuk terus mengembangkan bakat dan berkarya dengan lebih kreatif pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan itu.

Pemenang di setiap peringkat menerima hadiah dalam bentuk akaun Simpan SSPN sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian, kreativiti dan bakat peserta, selain menyemai amalan menabung dalam kalangan murid sejak usia muda.

Menurut PTPTN, pertandingan itu terbuka kepada sekolah yang melaksanakan Modul Kelab Simpanan Pendidikan (KSP), khususnya susulan pelaksanaan Modul KSP baharu mulai sesi persekolahan 2026.

 
Back
Top
Log in Register