BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AKPK Pupuk Literasi Kewangan, Penglibatan Masyarakat Menerusi Program 'KLues To BUDI'

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
07ba460dd628b5b64e3a53d6d2568a35690601e3a845f

19742ae3189226cb0a4bd25d6dc3a3b56906011fe53f0

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Azaddin Ngah Tasir (kanan) bersama Pengurus Besar Jabatan Operasi dan Pembangunan Perniagaan AKPK Mansor Kesot @ Ali (kiri) pada majlis penutup 'KLues to BUDI' yang berlangsung di Menara Aras Raya.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini mengulangi komitmennya terhadap pendidikan kewangan dan tanggungjawab sosial menerusi program mencari harta karun “KLues to BUDI”, yang melibatkan lebih 200 peserta daripada institusi kewangan, rakan media serta komuniti setempat.

Diadakan di Menara Aras Raya, ia bermatlamat menterjemah literasi kewangan ke dalam amalan sebenar, di samping memupuk nilai BUDI AKPK iaitu Bina Ilmu, Umpil Potensi, Dinamikkan Sumber serta Imbalan Kebijaksanaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata program berkenaan bukan sekadar pertandingan yang menyeronokkan, tetapi juga memupuk kerja berpasukan, pemikiran kritis serta kemahiran membuat keputusan kewangan dalam persekitaran yang dinamik.

“Di AKPK, kami percaya ‘berbudi’ bukan sekadar memberikan sokongan kewangan, tetapi juga tentang mengembalikan harapan dan menegakkan maruah.

“Kerjasama strategik dengan penyedia kewangan telah membuktikan sikap prihatin dan kolaborasi dapat memberikan peluang kedua bagi mereka yang menghadapi kesulitan kewangan, membantu mereka bangkit semula dengan keyakinan baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersempena program berkenaan, AKPK turut melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi membantu golongan rentan di Lembah Klang, dengan dana dikumpulkan melalui program terbabit digunakan untuk membeli keperluan dapur seperti minyak masak dan barangan makanan kering bagi keluarga B40.

Azaddin berkata inisiatif berkenaan mencerminkan kepercayaan AKPK bahawa daya tahan kewangan bermula dengan memastikan keperluan asas dipenuhi serta memelihara maruah insan.

“Rakan media memainkan peranan penting dengan menyampaikan naratif positif yang menggalakkan orang ramai untuk hidup secara bijak, berbelanja secara berhemat serta mengurus kewangan mereka dengan berfokus pada setiap peringkat kehidupan,” katanya.

Beliau berkata AKPK akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi melaksanakan program yang memberi impak bagi mengukuhkan literasi kewangan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.

 
Back
Top
Log in Register