Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon
Kelemahan literasi kewangan dalam kalangan guru antara faktor utama yang menyebabkan golongan pendidik mudah terjebak dalam masalah hutang sehingga berdepan risiko kebankrapan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan sistem kelulusan pinjaman yang disifatkan longgar sehingga membuka ruang kepada guru membuat pinjaman tambahan walaupun tahap komitmen telah melepasi had selamat.
“Walaupun potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dihadkan kepada maksimum 60 peratus daripada gaji bulanan, terdapat institusi kewangan yang membenarkan pinjaman dibuat di luar sistem tersebut melalui potongan terus daripada akaun bank.
“Situasi ini memberi ruang kepada guru membuat pinjaman tambahan walaupun kemampuan sebenar mereka telah melepasi had selamat, sekali gus meningkatkan risiko berdepan hutang berganda dan masalah kewangan jangka panjang,” katanya kepada Bernama.
Sehubungan dengan itu, Fouzi menyarankan ketua jabatan atau bahagian sumber manusia memainkan peranan lebih aktif memantau kedudukan kewangan warga pendidik sebelum memberikan sebarang pengesahan, bagi mengelakkan mereka terlibat dengan pinjaman tersembunyi yang tidak dipaparkan dalam slip gaji.
Sebelum ini media melaporkan, Selangor merekodkan jumlah kes kebankrapan tertinggi di negara ini, dengan golongan guru antara penjawat awam yang paling ramai terlibat.
Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia Datuk Ishak Bakri berkata antara punca utama kebankrapan adalah komitmen pinjaman peribadi yang tinggi, selain data Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menunjukkan golongan berpendapatan tetap lebih terdedah kepada risiko kebankrapan.
Fouzi berkata kecenderungan sesetengah guru yang berminat dalam bidang perniagaan dan pelaburan juga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan tawaran skim pelaburan atau pinjaman yang kelihatan menguntungkan, walaupun tidak memiliki ilmu kewangan mencukupi.
Literasi Kewangan Lemah, Pinjaman Tersembunyi Punca Guru Bankrap - NUTP
guru, bankrap, Selangor, literasi kewangan, pinjam