BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NUTP Peruntuk RM1.5 Juta Setahun Bantu Guaman Guru

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

NUTP Peruntuk RM1.5 Juta Setahun Bantu Guaman Guru​

c78f5462d2608b84a5eca6dcff3ca9d96a9a1a51bb4f2

abd3f4b6b9edb0003dfb3850328c0d1b6a9a1a9db4042

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim (tiga kiri) merasmikan majlis Makan Malam sempena Perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP Kali ke-24 di Kota Bharu malam tadi.. Turut hadir, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang (tengah).

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memperuntukkan RM1.5 juta setahun bagi menanggung kos guaman ahlinya yang berdepan tindakan undang-undang berkaitan tugas sebagai guru.

Presidennya Aminuddin Awang berkata bantuan itu meliputi kes saman sivil dan pendakwaan jenayah, dengan kos guaman bagi sesetengah kes boleh mencecah RM80,000.

Beliau berkata saman sivil kini semakin banyak difailkan terus terhadap guru berbanding kerajaan atau jabatan pendidikan.

“Kadang-kadang ada ibu bapa mahupun masyarakat membuat saman sivil terhadap guru atas pelbagai alasan, termasuk perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu dibawa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tritahunan NUTP ke-24 di sini malam tadi.

Aminuddin berkata NUTP turut membantu ahli yang berdepan pendakwaan jenayah sekiranya terdapat unsur penganiayaan terhadap guru berkenaan.

Beliau berkata sehingga Ogos lepas, 16 kes telah mendapat bantuan guaman NUTP termasuk tiga kes yang sedang dibicarakan di Kelantan.

“Antara kes yang sering dihadapi guru ialah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ringan kepada seseorang. Walaupun ia bersifat dakwaan kes jenayah, kita tetap akan memberikan pembelaan kepada ahli kita,” katanya.

Beliau berkata NUTP mempunyai panel tetap firma guaman bagi mengendalikan kes ahlinya dan menggalakkan guru yang belum menjadi ahli supaya menyertai kesatuan bagi mendapatkan kemudahan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register