BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Umum Peruntukan RM1.5 Juta Perluas Akses Bantuan Guaman Syarie

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Umum Peruntukan RM1.5 Juta Perluas Akses Bantuan Guaman Syarie​

257fb5ca3fbfe510132ee4f1eee4727c6a3f6e2410e52

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).

Beliau berkata akses kepada keadilan perlu diberi perhatian kerana masih ramai, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal yang berdepan kesukaran mendapatkan representasi guaman di Mahkamah Syariah.

“Kita ada perundangan yang baik, mahkamah yang baik, peguam yang baik dan hakim yang baik, tetapi masalah akses itu belum tentu.

“Selalunya dalam sistem perundangan, orang yang berkemampuan mendapat peguam terbaik, tetapi orang yang paling miskin kadang-kadang tidak ada akses,” kata beliau ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai evolusi institusi kehakiman syariah di negara ini, Perdana Menteri berkata sebarang usaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah termasuk cadangan penambahbaikan terhadap Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah bertujuan menjejaskan hak penganut agama lain.

Beliau berkata matlamat utama pindaan itu sejak diperkenalkan pada akhir 1980-an adalah untuk mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal ehwal berkaitan umat Islam, tanpa mengganggu urusan agama bukan Islam.

“Kita tidak sama sekali mahu melanggar hak bukan Islam. Apa yang kita hendak tegakkan ialah keadilan dan tidak menafikan hak bukan Islam dalam urusan agama mereka.

“Mahkamah sivil tidak ada hak untuk mengganggu urusan Mahkamah Syariah mengenai hukum Islam dan masyarakat Islam. Bagi saya, itu sangat adil,” kata beliau.

Anwar berkata beliau sendiri pernah memberi jaminan kepada pemimpin bukan Islam ketika pindaan Perkara 121(1A) dibawa supaya ia tidak disalah tafsir sebagai usaha menjejaskan hak masyarakat bukan Islam.

 
Back
Top
Log in Register