BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Lemas Di Jeram Toi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas, selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam buatan di Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) pada 5.44 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke lokasi kejadian bersama ahli keluarga untuk berkelah. Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Ibu mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa tenggelam ke dasar kolam. Ibunya memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak pandai berenang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian, menemukan mangsa di dasar kolam dan dia dibawa ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.58 petang.

Azizan berkata bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 
Back
Top
Log in Register