BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Perempuan Lima Tahun Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
28a8c1dc9e7fcd5c56f93cc8092e5b3869d8cd4f1fb1e

Kredit: JBPM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam takungan di Program Perumahan Rakyat Taman Nagasari dekat Jitra hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Sebanyak sembilan anggota dari BBP Jitra ke lokasi dan sebaik tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan berkenaan.

“Anggota telah memakai pakaian perlindungan diri untuk turun ke dalam kolam bagi membawa mayat mangsa naik ke tempat selamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.52 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian.

 
Back
Top
Log in Register