combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor Datuk Borhan Aman Shah (dua, kanan) menyerahkan cek sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyerahan Cek Kepada 56 Ketua Isi Rumah Komuniti Orang Asli Bukit Baja di Galeria Jualan Selangor Cyber Valley hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Usaha Sama Strategik) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Kamarzan Md Rais (kanan).
Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil langkah strategik untuk mentransformasikan kehidupan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Baja, Dengkil daripada perkampungan tradisional kepada komuniti moden yang mampan, kata Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah.
Beliau berkata usaha itu merangkumi pewartaan 180 ekar tanah (72.8 hektar) sebagai kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli, penyediaan rumah sesebuah setingkat berkeluasan 1,000 kaki persegi serta pembangunan kemudahan awam termasuk dewan orang ramai, bangunan tadika dan infrastruktur asas lain.
“Pendekatan kita bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi menjamin masa depan masyarakat Orang Asli. Tanah ini telah diwartakan dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” katanya.
Borhan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek kepada 56 Ketua Isi Rumah Komuniti Orang Asli Bukit Baja di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menyalurkan pampasan awal RM10,000 kepada setiap 56 keluarga yang bersetuju berpindah ke kediaman baharu selepas rumah siap dibina, sebelum tanah asal diambil alih oleh PKNS untuk dibangunkan sebagai padang golf.
"Konsep binaan rumah yang dibangunkan mengambil kira identiti dan gaya hidup masyarakat Orang Asli termasuk reka bentuk rumah tanpa pagar bagi mengekalkan suasana kehidupan tradisional dalam persekitaran moden,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut merancang menjadikan kawasan penempatan baharu itu sebagai perkampungan Orang Asli moden daerah Sepang yang dilengkapi dengan lot premis perniagaan bagi membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS (Usahasama Strategik) Md Kamarzan Md Rais berkata rundingan selama lebih dua dekad membuahkan hasil selepas persetujuan dicapai dengan Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Baja, Jalil Long dan penduduk kampung terlibat.
Beliau berkata PKNS akan membangunkan sebuah komuniti moden yang merangkumi pejabat Tok Batin, klinik, taman permainan dan kemudahan infrastruktur lain selain menyediakan peluang pekerjaan di kelab golf yang bakal dibina.
Kampung Orang Asli Bukit Baja, Dengkil Dibangun Sebagai Perkampungan Moden - Exco
Borhan Aman Shah, Orang Asli, golf, PKNS