BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKNS Peruntuk Hampir RM90 Juta Bangun Penempatan Baharu Orang Asli Bukit Baja

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PKNS Peruntuk Hampir RM90 Juta Bangun Penempatan Baharu Orang Asli Bukit Baja​

776edb68d2c26b10065ec19c4d41338b6a15395d8e4e7

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor Datuk Borhan Aman Shah (dua, kanan) menyampaikan replika cek kepada peneroka Orang Asli Bukit Raja pada Majlis Penyerahan Cek kepada Peneroka Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja Mukim Dengkil Daerah Sepang di Galeria Jualan Cyber Valley hari ini.

Turut kelihatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik) PKNS Ir Md Kamarzan Md Rais (kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan hampir RM90 juta bagi pelaksanaan penyelesaian secara kelompok bagi pembangunan dan penempatan semula Komuniti Orang Asli Bukit Baja (KOABB).

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela seiring dengan pembangunan kawasan Cyber Valley.

Beliau berkata kerajaan negeri dan PKNS telah mengambil kira pelbagai aspek termasuk tempoh penerokaan tanah dan tempoh komuniti berkenaan menetap di kawasan terbabit sebelum menetapkan bentuk pampasan dan penempatan semula.

"Seperti biasa yang saya sebut bahawa kepentingan masyarakat Orang Asli ini telah kita nilai sebaik mungkin, dengan kadar mereka teroka tanah, dan berapa lama mereka telah duduk di kawasan tersebut.

"Antara fasiliti yang kita bagi, RM7,000 untuk urusan pemindahan dan perobohan rumah, sebiji rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi, dan sagu hati wang tunai RM100,000," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek kepada Pengusaha Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja.

Borhan berkata selain itu, pihak PKNS juga menyediakan sumbangan khas berjumlah RM3 juta untuk penubuhan Tabung Adat, Tabung Pendidikan dan Tabung Jawatankuasa Kampung, bagi kegunaan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Baja.

Beliau berkata selain tanah, tanaman dan kebun milik penduduk turut dinilai dengan pampasan hingga RM200,000 bagi setiap ekar mengikut keluasan dan jenis tanaman.

"Saya yakin dan percaya nampaknya keseluruhan penerima hari ini ataupun daripada peringkat awal lagi, Orang Asli telah berpuas hati dengan sistem ataupun proses yang kita jalankan, kerana kita pengiraan mengikut secara adil, dan sangat-sangat berpatutan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usahasama Strategik) PKNS Md Kamarzan Md Rais dalam ucapannya berkata penempatan semula masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Baja adalah selari dengan prinsip asas PKNS iaitu pembangunan yang inklusif bagi memastikan kemajuan fizikal bergerak seiring dengan pembelaan nasib dan maruah komuniti asal.

 
Back
Top
Log in Register