BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Meningkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f93248fae5b06d1535f189e7c8cd85476924338b21043


Jumlah mangsa banjir di lima negeri terjejas setakat 4 petang ini menunjukkan trend meningkat.

Peningkatan direkodkan di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah manakala mangsa di Terengganu menurun.

Di KELANTAN, mangsa banjir meningkat kepada 9,634 daripada 3,515 keluarga petang ini berbanding 8,248 orang direkodkan pagi tadi.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan 38 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat jajahan, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, Infopublic Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air dua sungai utama menunjukkan trend menaik dan telah melepasi tahap waspada.

Sungai Melor, Bachok merekodkan paras air 7.68 meter (m) melepasi tahap waspada 7m pada 3 petang manakala paras air Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas ialah 7.49 m, iaitu 0.49 m melebihi had waspada.

Di PULAU PINANG jumlah mangsa banjir petang ini ialah 404 mangsa daripada 104 keluarga di empat PPS meningkat berbanding 237 mangsa pagi tadi.

lnfobencana JKM setakat 2.16 petang memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi dalam mukim Permatang Berangan, Daerah Seberang Perai Utara menempatkan paling ramai mangsa iaitu 161 mangsa daripada 47 keluarga diikuti Pusat Pemindahan Desa Puri dengan 108 mangsa daripada 28 keluarga.

“Sebanyak 85 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS SK Pengkalan Jaya manakala PPS di Daerah Seberang Perai Tengah iaitu SK Permatang Pasir menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga,” menurut maklumat laman sesawang itu.

 
Back
Top
Log in Register