BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Terus Berkurangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
29749d1798fde89027759d3c2e9eda3167a183fadb0f7


Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan malam ini.

Di PERLIS, mangsa banjir terus menurun kepada 256 orang dengan penutupan satu lagi PPS setakat 8 malam ini berbanding 288 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS pada petang tadi.

Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, terdapat dua lagi PPS masih beroperasi, iaitu di Padang Besar dan Arau.

Di PERAK, jumlah mangsa di 18 PPS semakin berkurangan dengan 2,763 orang daripada 785 keluarga setakat malam ini, berbanding 3,002 orang daripada 872 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, daerah Hilir Perak masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 1,441 orang, manakala Bagan Datuk 662 mangsa, Manjung (416), Perak Tengah (229) serta Larut, Matang dan Selama (15).

Di SELANGOR, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS terus mencatatkan penurunan kepada 712 individu daripada 220 keluarga, berbanding 740 orang daripada 234 keluarga petang tadi.

Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi turut berkurangan kepada lapan berbanding sembilan, melibatkan daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Di PAHANG, dua PPS masih beroperasi, iaitu di Kuantan dan Maran yang menempatkan 28 orang daripada enam keluarga berbanding 32 orang daripada tujuh keluarga petang tadi.

Menurut InfoBencana JKM, sebanyak 21 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran manakala tujuh sekeluarga di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

 
Back
Top
Log in Register