BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Berkurangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f633ff3b5b4ac9d13f2fffdca0ee5f9c694fccc56eae2

fb Malaysian Meteorological Department

Keadaan cuaca yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 419 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 468 orang daripada 116 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah tertinggi iaitu 335 orang daripada 86 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Daerah Kuala Terengganu pula menyaksikan seramai 71 orang daripada 19 keluarga masih berada di sebuah PPS di SK Chendering manakala di Dungun, sebanyak 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS iaitu Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di seluruh Terengganu hingga 29 Dis ini.

Oleh itu, orang ramai terutama di kawasan berisiko dan rendah diingatkan agar terus berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register