BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Dan Pahang Meningkat, Terengganu Berkurangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2ea1b84e1912d583e20081ef367d1f2369428713851dc


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang semakin meningkat setakat petang ini, manakala di Terengganu terus mencatatkan penurunan dengan tiga PPS ditutup.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata sebanyak 240 orang mangsa banjir berlindung di dua PPS setakat 4 petang ini berbanding 120 orang pagi tadi.

Beliau berkata PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chiao Ching di Mersing dibuka pada 11 pagi dan menempatkan 111 orang daripada 35 keluarga, manakala 129 orang daripada 35 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Tawar.

Tiga sungai mencatatkan paras amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dengan bacaan 19.63 meter (m) dan Sungai Muar di Segamat Kecil (37.18m), Segamat serta Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat pula merekodkan 6.83m.

Di Pahang, Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,796 orang daripada 1,206 keluarga di 48 PPS, berbanding 2,077 orang daripada 648 keluarga di 18 PPS, pagi tadi.

Kuantan merekodkan mangsa tertinggi dengan 2,889 penduduk berada di 31 PPS, 407 mangsa di sembilan PPS di Maran, 317 mangsa ditempatkan di enam PPS di Rompin dan 183 mangsa berlindung di dua PPS di Pekan.

Laman web publicinfobanjir pula melaporkan tujuh sungai sudah melepasi paras bahaya petang ini, iaitu di Kuantan membabitkan Sungai Belat di Sri Damai, Sungai Kenau di Sungai Rimau, Sungai Soi di Jalan Pekan-Kuantan, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Bukit Kenau, selain Kampung Sungai Puteri, Rompin dan Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan.

Di Terengganu, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 94 orang daripada 25 keluarga, berbanding 108 orang daripada 30 keluarga pagi tadi.

Kesemua mangsa di daerah Kemaman berlindung di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Orang Ramai Batu 14 dan Masjid Kampung Batu 16 Tebak.

 
Back
Top
Log in Register