kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,702
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,702
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Situasi banjir di beberapa negeri semakin serius apabila jumlah mangsa terus meningkat pagi ini, dengan Pahang mencatat jumlah tertinggi yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat dengan mendadak kepada 8,226 orang daripada 2,653 keluarga dan ditempatkan di 69 PPS berbanding 3,796 orang daripada 1,206 keluarga di 48 PPS petang semalam.
Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan mangsa paling tinggi direkodkan ialah di Kuatan, iaitu 6,609 orang di 41 PPS, diikuti Maran sebanyak 770 orang di 15 PPS, Pekan (514 mangsa, tujuh PPS) dan Rompin (333 mangsa, enam PPS).
Laman web public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan 10 stesen pemantau paras air sungai pagi ini merekodkan bacaan melebihi tahap bahaya antaranya di stesen Kampung Merting, Sungai Tembeling, Jerantut, stesen Sri Damai, Sungai Belat di Kuantan, stesen Jalan Pekan–Kuantan, Sungai Soi dan stesen Empangan Chereh serta Kampung Sungai Puteri, Rompin.
Jumlah mangsa banjir di JOHOR turut bertambah kepada 347 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 240 orang yang direkodkan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata sebuah lagi PPS dibuka di Mersing, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Labong, menjadikan jumlah PPS yang beroperasi di daerah itu kepada tiga.
Katanya, PPS berkenaan menempatkan 69 mangsa daripada 13 keluarga, manakala dua lagi PPS melibatkan SK Pusat Air Tawar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chiao Ching, masing-masing menjadi tempat perlindungan bagi 148 orang daripada 36 keluarga dan 130 orang daripada 41 keluarga.
Beliau berkata lima kawasan yang terjejas di daerah itu ialah Kampung Baru Air Tawar, Kampung Hubong, Kampung Belukar Juling, Kampung Semaloi dan Kampung Orang Asli Labong, manakala di daerah Batu Pahat, Sungai Lenik di Ladang Chaah telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 7.24 meter (m).
"Sementara itu, Jalan Johor Bahru–Endau (ladang tenusu) hanya dibuka kepada satu lorong, manakala Jalan Mawai Lama untuk kegunaan kenderaan berat sahaja, sementara Jalan Kota Tinggi–Kluang (Kim Long) pula hanya dibuka kepada kenderaan ringan, susulan dinaiki air banjir," katanya.
Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang, Johor Dan Terengganu Pagi Ini
banjir, mangsa, PPS, amaran, rangkuman, pagi