BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Meningkat, Pahang Menurun Dan Johor Kekal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
91f288b77b22042e681eca7a5ee15e8768fb6624a1cc1


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan pagi ini, manakala angka di Pahang terus menurun dan di Johor kekal.

Di TERENGGANU,  jumlah mangsa banjir di dua daerah meningkat kepada 1,391 orang daripada 369 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 1,202 orang daripada 340 keluarga petang semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPB) Terengganu, daerah Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,140 orang daripada 298 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS, manakala di Dungun sebanyak 151 mangsa daripada 71 keluarga ditempatkan di dua PPS, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di tiga stesen sungai melepasi tahap berjaga-jaga, iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu; Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1), Hulu Terengganu; serta Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1).

Sementara itu, di KELANTAN, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 77 mangsa daripada 23 keluarga setakat pagi ini berbanding 74 mangsa daripada 22 keluarga semalam.

Kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Kuala Krai, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Laloh, SK Lela Jasa, SK Manek Urai Lama dan Madrasah Manek Urai Lama.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 11,166 orang daripada 3,677 keluarga ditempatkan di 68 PPS pagi ini berbanding 12,226 orang daripada 4,052 keluarga di 79 PPS petang semalam.

Menurut Infobencana JKM, Kuantan masih merekodkan jumlah paling tinggi mangsa terjejas, iaitu sebanyak 9,645 orang ditempatkan di 44 PPS.

Daerah lain yang terjejas ialah Pekan dengan 1,045 orang di 10 PPS, Rompin (226 orang di tiga PPS), Jerantut (154 orang di empat PPS), Temerloh (53 orang di tiga PPS), Maran (21 orang di dua PPS), Bera (17 orang di satu PPS) dan Lipis (lima orang di satu PPS).

 
Back
Top
Log in Register