BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Kelantan Pulih, Mangsa Di Pahang Dan Terengganu Menurun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f488bfdec6e85490488114dc31a8904e6946782866b5c

9d8755461e17fd2619b7fc4ad5d07384694678564fa81

Peter Sukumaran (depan) bersama keluarga sibuk membersihkan rumah selepas banjir surut sepenuhnya di Taman Perumahan Seri Damai Perdana, Kuantan.

Situasi banjir di Kelantan pulih petang ini manakala keadaan di Pahang dan Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun berbanding pagi tadi.

Di KELANTAN, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan empat PPS di Kuala Krai ditutup pada 4 petang tadi.

Sementara itu di PAHANG, mangsa banjir menurun kepada 7,004 orang daripada 2,373 keluarga yang ditempatkan di 64 PPS setakat 4.30 petang berbanding 11,166 orang daripada 3,677 keluarga di 68 PPS pagi tadi.

Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 6,225 orang di 42 PPS.

Pekan merekodkan 462 orang di 10 PPS, Jerantut (121 orang, empat PPS), Temerloh (59 orang, tiga PPS), Bera (60 orang, tiga PPS), Rompin (42 orang, satu PPS) dan Maran (35 orang, satu PPS).

Dalam pada itu, banjir di Lipis pulih dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jumlah mangsa di TERENGGANU menurun kepada 929 orang daripada 245 keluarga pada 5 petang berbanding 1,391 orang daripada 369 keluarga pagi tadi dengan semua mereka dari Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Binjai dan SK Chukai.

PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang dibuka 17 Dis ditutup tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register