BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
11e53d8d827c9b341ff6ef1922e2b418694f3ab0e2996


Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu meningkat kepada 468 orang daripada 116 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 103 orang daripada 24 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 372 orang daripada 91 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 87 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di sebuah PPS di SK Chendering manakala di daerah Dungun 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS di Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.

Sementara itu, beberapa laluan, iaitu Jalan Sultan Omar, Jalan Kamaruddin, Jalan Sultan Ismail menghala ke Bulatan Ladang serta Jalan Kamarudin menghala ke Pengadang Akar yang ditutup akibat banjir kilat semalam dibuka semula selepas air surut.

Berdasarkan laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di tiga stesen, iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1) di Hulu Terengganu serta Sungai Nerus di Kampung Langkap (F1) di Setiu melepasi paras waspada.

 
Back
Top
Log in Register