BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir Di Empat Negeri Semakin Pulih, Jumlah Mangsa Terus Berkurang Pagi Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
dcd8032ac0d7a094b70c729e3f8b513769293b4c369a8


Situasi banjir di tiga negeri terus menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang, manakala angka di Pahang kekal setakat 8 pagi ini.

Di SELANGOR, jumlah mangsa menurun kepada 993 orang daripada 291 keluarga berbanding 1,038 orang daripada 304 keluarga malam tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 19 PPS masih beroperasi melibatkan empat daerah, iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Di PERAK, jumlah mangsa turut mencatat penurunan dengan 3,156 orang daripada 927 keluarga masih berlindung di 19 PPS berbanding 3,228 orang daripada 947 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan Hilir Perak kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 1,553 orang, diikuti Bagan Datuk (843), Manjung (465), Perak Tengah (280) serta Larut, Matang dan Selama (15).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam di beberapa daerah termasuk Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Manjung.

Di Pahang, jumlah mangsa kekal 124 orang daripada 34 keluarga yang ditempatkan di enam PPS melibatkan 92 orang di empat PPS di Bera, manakala 25 orang di Maran dan tujuh orang di Kuantan masing-masing di sebuah PPS.

Di Perlis, jumlah mangsa terus berkurang kepada 331 orang setakat 8 pagi ini berbanding 551 orang malam tadi yang ditempatkan di empat PPS melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

 
Back
Top
Log in Register