BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Meningkat Malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
Situasi banjir di lima negeri, iaitu Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala Perlis, Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan, setakat malam ini.

Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,909 orang daripada 2,742 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang tadi, dan ditempatkan di 119 PPS yang dibuka di Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Supt Afandi Husin berkata beberapa jalan di bandar raya Kuala Terengganu, iaitu Jalan Kamaruddin-Jalan Batu Burok dan Jalan Pengadang Akar-Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu-Wisma Darul Iman ditutup kepada kenderaan ringan.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,542 orang daripada 973 keluarga berbanding 3,125 orang daripada 838 keluarga yang direkodkan pada sebelah petang.

Menurut laman web Infobencana JKM, sebanyak 27 PPS dibuka merangkumi lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,705 orang daripada 538 keluarga berbanding 1,066 orang daripada 333 keluarga petang tadi.

Menurut Infobencana JKM, daerah Kuantan merekodkan jumlah tertinggi, iaitu 639 orang daripada 218 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS, diikuti Maran dengan 403 orang (97 keluarga) di tujuh PPS , Raub, 336 orang (102 keluarga) di 17 PPS dan 327 orang (121 keluarga) di 12 PPS di Lipis.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,429 orang daripada 1,980 keluarga yang berlindung di 47 PPS di enam daerah, berbanding 5,503 orang daripada 1,663 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2, 260 orang daripada 686 keluarga.

 
Back
Top
Log in Register