combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk malam ini yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis.
Di KELANTAN, mangsa banjir meningkat kepada 9,882 daripada 3,608 keluarga malam ini berbanding 9,634 petang tadi dengan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat jajahan, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan paras air sungai utama di Kelantan menunjukkan peningkatan di dua lokasi yang melepasi paras waspada setakat 7.45 malam ini.
Sungai Melor, Bachok merekodkan paras air 7.68 meter (m), melepasi tahap waspada 7 m dengan trend paras air dilaporkan menaik.
Sementara itu, di Sungai Golok, Rantau Panjang, paras air berada pada 7.81 m, iaitu 0.81 m melepasi paras waspada.
Di PERLIS jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan kepada 2,017 orang daripada 594 keluarga setakat malam ini, berbanding 1,497 orang pada petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mereka yang terjejas itu melibatkan penduduk di kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar yang ditempatkan di sembilan PPS.
Di SELANGOR jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,732 orang setakat 8.30 malam membabitkan 474 keluarga berbanding 327 orang sebelum ini, selain 15 PPS kini dibuka berbanding lapan pada 3.30 petang tadi.
InfoBencana JKM memaklumkan PPS terbaharu yang dibuka adalah Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding, Kompleks Penghulu Batu 10 dan Balai Raya Kampung Melaka, Batu 9, yang kesemuanya di daerah Hulu Langat serta SK Shah Alam, Seksyen 16, dan SK Desa Aman, Kuala Selangor.
Situasi Banjir Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Di Lima Negeri Meningkat Malam Ini
banjir, Kelantan, Perak, Selangor, Kedah, Perlis,