hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pengasuh kurung kanak-kanak autisme, Caprice dedah penderaan di sebuah taska di Shah Alam
KUALA LUMPUR – Kanak-kanak autisme didakwa dikurung di stor sebuah taska dikatakan terletak di Shah Alam.
Katanya, pelatih tersebut mengesan tindakan kejam itu selepas dua hari menjadi pelatih di taska berkenaan.
Menerusi video yang dimuat turun, terdengar suara kanak-kanak menangis teresak-esak di dalam sebuah ruangan bilik.
“Macam mana seorang budak autisme dibogelkan dan dikurung dalam bilik stor?”soal Caprice.
Beliau turut tag Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pengerusi Amanah Rakyat (MARA) , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di ruangan kapsyennya.
Dalam video seterusnya, Caprice juga memuat turun video bayi dibiarkan menangis teresak-esak sambil dipaksa minum susu.
Kejadian dikatakan berlaku di satu lagi cawangan taska itu di Shah Alam.
Dalam video berkenaan turut tertulis pelatih yang merakam kejadian itu tidak meneruskan latihannya di taska berkenaan kerana tidak mampu melihat kanak-kanak diseksa.
“Ibu bapa bayar mahal-mahal untuk orang ‘bodoh’ jaga anak korang,” tulis Caprice di ruangan komen.
Sehingga kini, masih belum ada kenyataan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai kejadian itu.-
Artikel MalaysiaGazette