BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Terima Tiga Laporan Taska Disyaki Langgar SOP, Dera Kanak-kanak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis menerima tiga laporan berhubung cawangan taska di sini yang dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk isu penderaan seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya turut merakam percakapan pempengaruh yang mendedahkan kejadian itu selain sedang melakukan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di premis cawangan terlibat.

“Laporan dibuat ibu bapa termasuk kepada seorang kanak-kanak autisme. Setakat ini, ada lagi cawangan yang disiasat belum menyerahkan rakaman CCTV dan rampasan akan dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi petugas sebuah taska di Shah Alam yang memaparkan seorang kanak-kanak autisme dikurung dalam stor dengan keadaan menangis teresak-esak tular di media sosial.

Turut tular ialah video memaparkan kanak-kanak di cawangan taska sama di Puchong, Selangor diminta merangkak di dalam longkang, didakwa bagi mengelak pemeriksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 
Back
Top
Log in Register