BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKM Perkasa Pembangunan Komuniti Menerusi Program Kampung Angkat MADANI Di Nibong Tebal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

JKM Perkasa Pembangunan Komuniti Menerusi Program Kampung Angkat MADANI Di Nibong Tebal​

3a4b5f6410c7ad399e38c1d7c686637b68382436039f0

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Che Murad Sayang Ramjan

Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Sungai Setar Besar di sini bukan sekadar memfokuskan penambahbaikan kemudahan asas, malah menjadi pemangkin pembangunan komuniti secara menyeluruh menerusi pemerkasaan pendidikan, pembangunan modal insan dan latihan kemahiran yang mampu menjana pendapatan.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata RM600,000 diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di kampung berkenaan, merangkumi RM500,000 untuk Program Kampung Angkat MADANI dan RM100,000 bagi Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh.

Beliau berkata pendekatan JKM pada tahun ini lebih holistik, bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal tetapi turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa masyarakat agar mampu meningkatkan taraf hidup secara mampan.

“Pemilihan Kampung Sungai Setar Besar sebagai Kampung Angkat MADANI bertujuan merapatkan jurang sosioekonomi, mempertingkat infrastruktur asas dan, paling utama, memperkasa modal insan agar selari dengan arus pemodenan negara.

“Kehidupan di kampung sering berdepan cabaran infrastruktur, justeru program ini mencerminkan komitmen JKM dalam melaksanakan pelbagai projek bagi melengkapkan kemudahan asas kampung,” katanya pada Program Komuniti@Heart dan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JKM Kampung Sungai Setar Besar di SMK Sungai Acheh di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register