BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Kes Penemuan Mayat Di Nibong Tebal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Siasat Kes Penemuan Mayat Di Nibong Tebal​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis sedang menyiasat kes penemuan mayat di sebuah rumah di Taman Seri Bestari di sini hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 50-an dan mayatnya ditemukan dengan tangan serta kaki terikat di dalam tangki kumbahan di belakang rumah berkenaan.

Kes dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan kehilangan seorang lelaki tempatan pada 7 Sept lepas.

 
Back
Top
Log in Register