BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penemuan Mayat Bekas Banduan Diklasifikasi Kes Mati Mengejut - Polis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Penemuan Mayat Bekas Banduan Diklasifikasi Kes Mati Mengejut - Polis​

7f32548905c2e0cccf899520fc91da3a60ea9d9e093c9


Polis mengklasifikasikan penemuan mayat seorang lelaki di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang petang tadi sebagai kes mati mengejut selepas pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Azuhar Md Nor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat dalam keadaan meniarap atas rumput di kaki lima Kilometer 25 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu pada 3.47 petang.

Beliau berkata lelaki Melayu berusia lingkungan 45 tahun itu berasal dari Kota Bharu serta dipercayai seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara, dan mangsa dilaporkan dilihat berjalan kaki sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan Hospital Machang yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan awal oleh pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mendapati tiada kesan kecederaan yang mempunyai unsur jenayah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Azuhar berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Krai untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, dan semakan mendapati lelaki itu memiliki rekod jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya di balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register