BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Bayi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

Dua Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Bayi​

107fee77b9ec0433348643139c70b5fc68ef068f760be

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat

Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi di hadapan sebuah pusat perlindungan bayi di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kedua-duanya yang berusia 20-an ditahan susulan laporan diterima pihak polis pada 8.10 pagi hari sama.

Beliau berkata hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian bayi berkenaan adalah disebabkan keguguran dan dianggarkan telah meninggal dunia melebihi 24 jam.

"Bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, polis telah menahan kedua-dua suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain turut merampas beberapa barang kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata suspek pertama direman dua hari manakala suspek kedua direman tiga hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register