BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM500,000 Diperuntuk Bagi Program Kampung Angkat MADANI BHEUU Di Kampung Tanjung Serindit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RM500,000 Diperuntuk Bagi Program Kampung Angkat MADANI BHEUU Di Kampung Tanjung Serindit​

d87435c492e63635af1d2278b07a93c06a1eaca1304ca

e759f58fb3c98aea8ce4376ca0e715516a1eacdc026b0

fc6203b140cb13e1d2e8e198c98daf5e6a1ead2f3ac38

0a298ebf379a7a954c7f42d46af79f216a1ead4181e28

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (dua, kiri), menyaksikan penyerahan replika cek dari Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Datuk Zamri Misman (dua, kanan), kepada Ketua Kampung Tanjung Serindit, Kamsani Abdul Rohman (kiri), pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Balai Raya Kampung Tanjung Serindit, Bandar Penawar hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelbagai sesi libat urus dan lawatan tapak telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan sebenar komuniti berkenaan.

Beliau berkata beberapa projek utama telah dipersetujui, antaranya pemasangan lampu solar, menaik taraf surau dan masjid serta turapan jalan kampung Orang Asli.

“Selain itu, turut dinaik taraf adalah tandas awam di kawasan jeti, Jalan Kampung Muhibbah, pembinaan mercu tanda kampung, penambahbaikan landskap jeti serta pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di kampung berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata setiap projek dirancang berdasarkan keperluan sebenar masyarakat setempat hasil perbincangan bersama penduduk dan pihak berkepentingan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata GiatMARA dilantik sebagai rakan strategik dan agensi teknikal bagi pelaksanaan Program TVET dengan peruntukan RM100,000.

Beliau berkata program yang dilaksanakan akan memberi fokus kepada kemahiran penyelenggaraan dan pembaikan motor bot serta penyelenggaraan sistem penyaman udara.

“Kemahiran ini amat relevan dengan keperluan ekonomi setempat dan berpotensi membuka peluang pekerjaan serta menjana pendapatan tambahan kepada penduduk,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar inisiatif yang akan dilaksanakan dapat meningkatkan kualiti hidup, menambah baik kemudahan asas dan struktur awam serta memperkasa pembangunan modal insan dan komuniti berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register