BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Salur RM700,000 Untuk Kampung Dan Sekolah Angkat MADANI Di Kuala Berang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Perhilitan Salur RM700,000 Untuk Kampung Dan Sekolah Angkat MADANI Di Kuala Berang​

f2548317050453cd96407414aef3fb096a9bc26c7f25d

ea9ee6d85bffc6f7c1ea0f4d8cd1c1e56a9bc28b6ad83

1e18c2f5fe4885ac1265ab7b1372ee206a9bc2b6a9b61

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Projek Kampung dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Basong, hari ini.

Kerajaan melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia menyalurkan peruntukan keseluruhan RM700,000 bagi pembangunan di Kampung Basong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setebu di sini, yang dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI bagi jabatan tersebut pada tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk pembangunan dan naik taraf pelbagai kemudahan di Kampung Basong seperti pembaikan balai raya, longkang, surau dan stor tanah perkuburan.

“Semua projek ini kita laksanakan berasaskan keperluan sebenar orang kampung. Ia bukan sekadar hiasan tetapi satu pelaburan untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup penduduk.

“Kedudukan Kampung Basong ini juga istimewa kerana dikira sebagai pintu masuk ke kawasan Taman Negara Terengganu, maka kita anggap masyarakat di sini sebagai rakan strategik kementerian yang akan bekerjasama dengan kita untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha memelihara khazanah alam semula jadi, di samping mengimbangi keperluan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI 2026 di Dataran Kampung Basong, di sini hari ini.

Arthur berkata Perhilitan juga memperuntukkan RM100,000 untuk projek menaik taraf kemudahan di SK Padang Setebu termasuk naik taraf kantin, pembekalan perkakasan untuk bilik tayangan dan pejabat, di samping penganjuran program pemerkasaan pendidikan serta kebajikan.

Beliau berkata sebanyak RM100,000 lagi disalurkan untuk pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi penduduk setempat.

“Elemen TVET ini diterjemahkan secara praktikal menerusi pelaksanaan kerja-kerja pendawaian elektrik di surau serta stor kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Basong.

“Pendekatan TVET ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja membaiki kemudahan fizikal malah menjadi medan latihan praktikal, pembangunan kemahiran dan penglibatan keupayaan komuniti secara langsung. Inilah nilai tambah yang mahu kita suntik agar penduduk tempatan memperoleh faedah berpanjangan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register