BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKM Peruntuk RM700,000 Untuk Perkasa Kampung, Sekolah Di Tasek Gelugor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
62f555d2448061a7112c90bd38387c8769fd8b9dd7b3c

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Nurwafa Hanis Md Zaini (dua, kanan) pada Majlis Perasmian Kampung dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Guar Petai hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM500,000 untuk pembangunan serta kesejahteraan penduduk Kampung Guar Petai di sini menerusi pelaksanaan Kampung Angkat MADANI.

Selain Kampung Guar Petai, Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora menerima peruntukan RM100,000 menerusi program Sekolah Angkat MADANI bagi menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan pembangunan pendidikan di sekolah itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Kampung Angkat MADANI bukan sekadar program simbolik, sebaliknya pendekatan menyeluruh kerajaan melalui konsep whole of government bagi memastikan pelbagai agensi dan kementerian bergerak bersama-sama demi manfaat rakyat.

“Jika semua agensi bekerjasama, rakyat akan mendapat manfaat lebih cepat. Bagi Kampung Guar Petai, fokus utama ialah pembangunan komuniti dan pemerkasaan sektor pertanian. Ini sangat tepat kerana kampung ini mempunyai latar belakang komuniti agro dan di sini asas keterjaminan makanan negara bermula.

“KPKM sentiasa melihat masyarakat di kampung sebagai tulang belakang kepada keselamatan makanan negara,” katanya pada Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Dewan MPKK Kampung Guar Petai, di sini hari ini.

Mohamad berkata antara projek yang dilaksanakan di Kampung Guar Petai ialah penurapan dan naik taraf jalan sepanjang kira-kira satu kilometer, membaik pulih rumah kategori usang, mendalam dan melebarkan longkang tanah sedia ada serta memangkas pokok.

Beliau berkata turut dilaksanakan ialah keceriaan masjid termasuk mengecat, penurapan parkir, pemasangan lampu, papan tanda serta enam tiang lampu solar.

Sementara itu, peruntukan kepada sekolah digunakan untuk kemudahan infrastruktur pejabat dan bilik guru melibatkan pembekalan lima penyaman udara serta masing-masing sebuah komputer meja dan mesin pencetak.

Ia juga melibatkan pelaksanaan kerja membaik pulih tandas murid yang tersumbat, pembekalan 16 unit kipas siling dan tebar layar dewan (empat), penggantian pintu tandas murid (tujuh) serta pintu kayu untuk masing-masing tiga kelas tahun tiga dan tahun empat, Bilik Muzik serta Bilik J-Qaf.

 
Back
Top
Log in Register