BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKM Perkasa Pengeluaran Komoditi SSR Rendah, Kurangkan Import Makanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

KPKM Perkasa Pengeluaran Komoditi SSR Rendah, Kurangkan Import Makanan​

6ccc34fe0683726086b65b4398898a6e6a6ade0c6f61b

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran komoditi agromakanan yang masih merekodkan Kadar Sara Diri (SSR) rendah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata antara komoditi yang masih memerlukan perhatian ialah halia dengan SSR 15.5 peratus, mangga (20 peratus), beras (kira-kira 52 peratus) dan susu segar (66.7 peratus).

Beliau berkata usaha meningkatkan SSR tidak boleh dibuat secara menyeluruh bagi semua komoditi kerana mengambil kira faktor kesesuaian tanaman dan pertimbangan komersial.

“Bukan semua makanan ini sesuai ditanam di Malaysia. Jadi, terdapat faktor komersial lain yang perlu dipertimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Abdul Nasir ingin tahu komoditi utama yang menyumbang kepada nilai import agromakanan negara yang mencecah RM93.7 bilion pada 2024 selain meminta penjelasan jika Kerajaan Persekutuan bercadang menyediakan insentif atau bayaran khusus kepada Kedah atas komitmen negeri itu mengekalkan tanah sawah.

Chan berkata kerajaan kini memberikan keutamaan kepada komoditi strategik yang berpotensi ditingkatkan pengeluarannya termasuk jagung bijian bagi memastikan bekalan input penternakan negara sentiasa terjamin.

Beliau berkata selain meningkatkan pengeluaran domestik, kerajaan turut memperkukuh kesiapsiagaan bekalan makanan melalui pengurusan stok penimbal termasuk memastikan stok fizikal beras negara sebanyak 1.05 juta tan metrik setakat 7 Julai 2026 yang mencukupi untuk keperluan negara selama 6.23 bulan.

Sementara itu, menjawab isu bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, Chan berkata KPKM sedang bekerjasama dengan PLANMalaysia bagi membangunkan Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara bagi melindungi kawasan pengeluaran makanan.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak boleh mengemukakan cadangan menerusi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) untuk mendapatkan dana Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan sektor pertanian di kawasan terpilih.

 
Back
Top
Log in Register