combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Sertai APFRAS Perkasa Keselamatan Makanan, Tangani Cabaran Import RM78.9 Bilion
Kredit: Kementerian Kesihatan
Malaysia menjadi ahli Asia-Pacific Food Regulatory Authority Summit (APFRAS) dalam usaha memperkukuh peranan negara dalam transformasi pendigitalan tadbir urus keselamatan makanan di peringkat serantau.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun lepas secara rasmi bersetuju supaya Malaysia menjadi ahli APFRAS.
“Penyertaan dalam APFRAS ini memperkukuh lagi peranan Malaysia sebagai Smart Gatekeeper di peringkat serantau.
“Malaysia bakal menerajui transformasi pendigitalan tadbir urus keselamatan makanan, mengawal penggunaan bahan pembungkusan mesra alam (biodegradable) serta menyelaraskan kerangka perundangan inovasi makanan baharu,” katanya.
Beliau berkata langkah itu secara langsung mendokong utuh Dasar Keselamatan Makanan Negara dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
Dzulkefly berkata demikian pada majlis menandatangani keahlian sempena perasmian Persidangan Keselamatan Makanan 2026 bertemakan “Inovasi dan Teknologi Baharu - Cabaran atau Peluang?” di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dikongsi dalam satu kenyataan.
Dzulkefly berkata langkah itu amat kritikal bagi mendepani peningkatan signifikan bekalan makanan import negara yang melonjak 85 peratus dalam tempoh sedekad daripada RM42.6 bilion pada 2013 kepada RM78.9 bilion pada 2023.
“Ini bermakna sebahagian besar makanan rakyat Malaysia hari ini melalui rantaian bekalan global yang panjang, kompleks dan merentasi pelbagai sempadan negara,” katanya.